ONEXOX ialah jenama kepada perkhidmatan mudah alih yang dimiliki oleh ONEXOX Sdn Bhd yang menggunakan sistem rangkaian XOX.
Baca: Profil Syarikat
Tidak. XOX mempunyai perjanjian komersial dengan Celcom untuk menggunakan infrastruktur Rangkaian Mudah Alih Celcom.
SIM Pack ONEXOX boleh didapati DI SINI dengan pilihan pelan ONEXOX Prepaid dan ONEXOX Black (Postpaid). Juga terdapat dalam bentuk eSIM.
Ya, boleh. Pastikan nombor tersebut masih aktif, tiada tunggakan bil (jika postpaid), dan tidak terikat sebarang kontrak dengan telco asal.
Simkad MNP untuk kekalkan nombor sedia ada boleh dapatkan DI SINI.
ONEXOX Prepaid
Dengan pelan Prabayar / Prepaid ONEXOX, anda akan dapat menikmati:
- Tempoh aktif terpanjang di Malaysia (28 bulan)
- Pelan fleksibel 2-dalam-1 (DA & MA) untuk lebih penjimatan
- Kredit sedia ada RM5 (dalam akaun MA)
- Tetapan 10 Nombor Family & Friends (semua rangkaian)
- Ciri 'Season Pass' membolehkan anda carry forward semua Data, Minit, dan SMS yang tak digunakan dan tak diaktifkan.
Anda boleh mendaftar sehingga 5 nombor Prepaid menggunakan satu IC atau Pasport.
Setelah simkad diaktifkan, anda perlu membeli salah satu pakej 'Welcome Deals' untuk dapatkan tempoh sah selama 28 bulan.
Dalam masa 3 hari, tempoh sah tambahan 8 bulan akan diberi dalam bentuk voucher dan perlu ditebus melalui aplikasi XOX Black; menjadikan tempoh sah akaun Prepaid anda selama 28 bulan.
Tempoh sah 28 bulan ini diberi SEKALI SAHAJA kepada setiap pengguna baharu yang memenuhi syarat.
Dengan pelan fleksi 2-dalam-1 yang unik, ONEXOX menawarkan caj kadar murah yang lebih penjimatan pada baki DA dan caj kadar biasa yang berpatutan pada baki MA.
Mekanisme caj bermula dengan penolakan pada baki DA (kadar murah) terlebih dahulu, seterusnya menolak baki MA (kadar biasa) apabila kehabisan baki DA.
Baki MA juga digunakan untuk melanggan pelan internet mudah alih serta membuat pindahan kredit ke pihak lain. Sila pastikan anda mempunyai baki yang mencukupi sebelum meneruskan transaksi tersebut.
Ketelusan ONEXOX mengadakan perbezaan kadar pada kedua-dua akaun tersebut adalah bertujuan untuk menawarkan kadar tetap sepanjang masa tanpa perlu membuat apa-apa promosi kadar yang berbeza-beza di masa hadapan.
Berkonsepkan belian topup secara pukal, pelanggan-pelanggan ONEXOX yang membuat topup pada denominasi yang besar sekaligus akan menikmati lebih penjimatan pada baki DA.
Sila rujuk PELAN & PERKHIDMATAN untuk maklumat lanjut.
RM5, RM10, RM30, RM50.
Tambah nilai ONEXOX boleh dibeli melalui:
- Pengedar sah ONEXOX
- Aplikasi XOX Black
- Sistem bayaran XOX FAST
- Portal SelfCare XOX
- JomPAY
- Stesen minyak (Shell, Petronas, Caltex, Petron, BHP, dan lain-lain)
- Kedai serbaneka (7Eleven, KK Mart, MyNews, 99 Speedmart, dan lain-lain)
- Pasar raya (AEON, Giant, Mydin, Lotus, dan lain-lain)
- Shopee, Lazada
Rujuk: Panduan Topup / Bayar Bil ONEXOX
- Melihat profil langganan anda, periksa baki kredit DA/MA, tempoh sah langganan, baki SMS percuma.
- Tambah nilai (topup) / bayar bil
- Pengurusan langganan internet: Melanggan pelan internet, naiktaraf langganan, periksa baki kuota & menambah kuota.
- Pengurusan sub-talian: Daftar sehingga 10 sub-talian, membuat tambah nilai sub-talian, membuat langganan internet sub-talian dan periksa profil langganan sub-talian: baki kredit, tempoh sah, kuota internet (jika melanggan)
- Pengurusan 10 nombor 'Famili & Rakan': mendaftar/menambah & membatal
Pelan data ONEXOX menyokong hampir semua jenis alat peranti dan telefon pintar. Sila pastikan anda membuat tetapan yang betul.
Rujuk 'Tetapan Internet'.
Tidak.
ONEXOX menawarkan pelan data berkelajuan tinggi (tanpa kawalan kelajuan) mengikut had kuota data yang dilanggan. Dengan ini, pelanggan-pelanggan ONEXOX bebas melayari internet tanpa gangguan kelajuan.
Tempoh langganan data adalah tertakluk kepada ‘yang mana sampai dulu’ iaitu sama ada had kuota data mencapai penggunaan 100% atau langganan menemui tarikh tamat tempoh.
SMS percuma hanya boleh digunakan kepada nombor-nombor di rangkaian sama (ONEXOX / XOX). Kadar rendah atau biasa (bergantung kepada baki kredit Akaun Dedikasi / Akaun Utama) bagi SMS dikenakan selepas kehabisan kuota SMS percuma.
- Anda boleh daftarkan sehingga 10 nombor FnF. 10 pendaftaran pertama adalah percuma.
Kadar runtuh FnF terbuka kepada semua rangkaian tempatan termasuk talian tetap TM (kecuali nombor-nombor premium 1300 dan nombor-nombor telefon luar negara). Anda juga boleh membatalkan nombor dan membuat pendaftaran gantian.
Walau bagaimanapun, setiap satu pendaftaran selepas kemasukan kali yang ke-10 akan dikenakan caj RM1 pada baki MA. Sila pastikan anda mempunyai baki yang mencukupi.
- Cara mendaftar FnF:
SMS ke 22111 – FNF<jarak>ADD<jarak><Nombor Telefon>
- Cara menyemak senarai FnF:
SMS ke 22111 – FNF<jarak>LIST
- Cara membatalkan nombor dalam senarai FnF:
SMS ke 22111 – FNF<jarak>DEL<jarak><Nombor Telefon>
Ya, anda tetap menikmati kadar Famili & Rakan ONEXOX walaupun menggunakan baki kredit di dalam Akaun Utama.
- Top up yang anda buat akan menjana loyalty point. Setiap 1 ringgit bersamaan 1 point; setiap 10 point yang telah anda kumpul boleh ditebus dengan 1 SMS percuma.
- Cara menebus SMS percuma:
- SMS ke 22111 – LYT<jarak>RED<jarak>SMS<jarak><Bilangan SMS yang ingin ditebus>
Contoh: LYT RED SMS 12
- SMS ke 22111 – LYT<jarak>RED<jarak>SMS<jarak><Bilangan SMS yang ingin ditebus>
Anda boleh merujuk kepada kod arahan SMS di "PANDUAN PENGGUNA".
Pelanggan ONEXOX boleh mendail *150# untuk mengakses ke USSD.