Adakah anda melakukan MNP (Bertukar Ke Telco Lain)?
Katakan anda sebagai pengguna telah putuskan untuk bertukar (MNP) ke telco pilihan anda.
Saat proses MNP telah dibuat, tiba-tiba ada seorang pegawai khidmat pelanggan dari telco yang anda gunakan sekarang telah menelefon anda dan menawarkan pelbagai tawaran dengan ikhtiar memujuk anda untuk membatalkan hasrat bertukar ke telco lain.
JANGAN TERTIPU! Sebagai pengguna, anda berhak tahu hak anda.
Untuk pengetahuan anda, terdapat AKTA di bawah peraturan SKMM Numbering and Electronic Adressing Plan (NEAP) Seksyen 5.7.1.1 yang menyatakan:
Pengendali rangkaian TIDAK BOLEH mengganggu, menarik atau menghubungi pengguna untuk memujuk pengguna kekal di rangkaian mereka apabila permintaan keluar (MNP - Port Out) dibuat.
Adalah menjadi kesalahan bagi telco berkenaan menelefon anda dan memujuk untuk batalkan hasrat membuat MNP.
Jika ini terjadi kepada anda, segera buat aduan niat telco berkenaan kepada pihak SKMM dengan mengikuti proses di bawah:
1. Sediakan Bukti Sebelum Membuat Aduan
- Tarikh dan Masa panggilan dibuat/diterima
- Nombor Telefon telco terlibat, atau
- Rakaman perbualan, atau
- SMS Promosi atau lain-lain.
2. Sediakan Aduan
- Layari laman web Sistem Aduan SKMM: https://aduan.skmm.gov.my
- Klik pada butang "Aduan Baru"
- Jenis Aduan - pilih "Complaint"
- Jenis Perkhidmatan - pilih "Cellular Services"
- Kategori - pilih "Dispute Terms & Conditions"
- Subkategori - pilih "General T & C"
- Pembekal Perkhidmatan - pilih nama Telco semasa anda
- Isikan Maklumat Pengadu dan Maklumat Aduan
- Lampirkan bukti
- Tekan butang "Hantar / Submit"
2 Comments
Berapa lama masa diambil untuk saya port out dari OneXOX ni? Saya nak beralih ke telco lain.
ReplyDeleteProses port out biasanya ambil masa 1–5 hari. Paling cepat siap dalam 24 jam.
DeletePastikan reply SMS pengesahan port-out dengan segera. Kalau takda dapat SMS tu, semak “Port-out Status” di laman web:
https://mnp.onexox.me