Sebelum ini, ramai pengguna ONEXOX Black mengadu agak keliru dengan paparan semakan baki. Dengan paparan terbaru yang telah dikemaskini, diharap pengguna ONEXOX Black akan mudah faham dengan status akaun masing-masing.
Berikut adalah perbezaan antara paparan semakan baki yang lama dan paparan terbaru.
1. AMOUNT DUE BLACK
Pengiraan 'Amount Due' terbaru lebih mudah difahami dan lebih menyeluruh.
Cara pengiraan jumlah Amount Due =
(Komitmen Bulanan + Caj Semasa + Amaun yang belum dibayar) - Bil yang telah dibayar.
Cara pengiraan jumlah Amount Due =
(Komitmen Bulanan + Caj Semasa + Amaun yang belum dibayar) - Bil yang telah dibayar.
2. TARIKH KITARAN BIL
Tarikh kitaran bil ditukar kepada tarikh sehari sebelum kitaran sebenar. Jika bil pengguna pada 03/02/2019, paparan baharu akan menunjukkan 02/02/2019.
Ini sebagai langkah berjaga-jaga untuk pengguna tahu bila tarikh akhir pembayaran bil perlu dibuat.
Ini sebagai langkah berjaga-jaga untuk pengguna tahu bila tarikh akhir pembayaran bil perlu dibuat.
3. TARIKH & MASA SEMAKAN BIL
Maklumat baki terkini akan dikemaskini berdasarkan tarikh dan masa pengguna membuat semakan bil ONEXOX Black.