ONEXOX 5G

Pelan yang sama, harga yang sama – kini dengan kelajuan luar biasa 5G!


Perkhidmatan 5G kini boleh dinikmati untuk semua pelanggan ONEXOX baharu dan sedia ada bermula 4 Januari 2024!

Perkhidmatan ONEXOX 5G ini boleh dinikmati secara percuma tanpa sebarang caj tambahan sehingga diberitahu kelak.

Pelan Yang Boleh Guna 5G

BLACK

  • ONEXOX Black (Normal Postpaid)
  • ONEXOX Black edisi FC
  • MySISWA
  • ONEfamily

PREPAID

  • ONEXOX Prepaid
  • WAWA Prepaid
  • TBG Prepaid

*Pelanggan pelan Unlimited 35 dan Pakej Perpaduan tidak boleh menggunakan perkhidmatan 5G kerana pelan tersebut dihadkan kelajuan 3Mbps.

Cara Mengaktifkan 5G

  1. Pastikan peranti anda menyokong fungsi 5G.
    • Anda perlu gunakan peranti 5G untuk nikmati perkhidmatan ONEXOX 5G.
    • Buat masa ini rangkaian 5G hanya terdapat pada sesetengah model Android & iOS. Tetapan 5G akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

  2. Pastikan VoLTE aktif di peranti mudah alih anda.
     
  3. Aktifkan ONEXOX 5G anda melalui SMS: 5G ON hantar ke 22777
    • Pastikan anda mempunyai data aktif sebelum menghantar SMS untuk pengaktifan 5G. Nantikan SMS setelah pengaktifan berjaya.

  4. Tetapan rangkaian 5G seharusnya aktif secara tersendiri pada peranti mudah alih anda. Jika tidak, anda perlu menghidupkan fungsi 5G secara manual di peranti anda dengan mengikut langkah di bawah:

    (tetapan mungkin berbeza mengikut jenama dan model peranti)

    Android

    1. Settings
    2. Connection
    3. Mobile Network
    4. Network Mode
    5. 5G/LTE/3G/2G (Auto Connect)

    iOS

    1. Settings
    2. Mobile Service
    3. Mobile Data Options
    4. Voice & Data switch to 5G

  5. Gunakan kad SIM atau eSIM yang sah.
    • Jika SIM anda boleh akses rangkaian 4G, maka SIM anda boleh menyokong ONEXOX 5G. Anda juga boleh nikmati ONEXOX 5G jika menggunakan eSIM.

  6. Berada di kawasan liputan 5G.

T&C   |   FAQ



Belum jadi pengguna? Dapatkan simkad ONEXOX sekarang!

XOX Online Store