Takda masalah.. Anda boleh buat pembelian simkad secara dalam talian (online) melalui "ONEXOX Online Store".
Simkad akan dihantar melalui pos / kurier. Penghantaran PERCUMA!
Anda cuma bayar harga pembelian simkad dan pelan atau pakej yang ingin dilanggan. Tiada caj pos. Simkad biasanya akan sampai dalam 1-3 hari waktu bekerja.
Bagaimana cara beli simkad ONEXOX secara online?
Isi Kandungan
Beli Simkad melalui ONEXOX Online Store
Untuk beli simkad ONEXOX secara online, anda boleh klik pautan (link) ke laman web ONEXOX Online Store.Klik butang di bawah ini:
ONEXOX ONLINE STORE
Langkah seterusnya...
Pilih Pelan ONEXOX Yang Ingin Dilanggan
Di laman web ONEXOX Online Store anda diberi pilihan pelan yang boleh dilanggan, iaitu pelan ONEXOX Prepaid, ONEXOX BLACK, dan XOX eSIM.Pendaftaran Pelan ONEXOX
Di laman ONEXOX Online Store terdapat 2 jenis pendaftaran iaitu Nombor Baru dan MNP (tukar ke ONEXOX menggunakan nombor sedia ada dari telco lain).- Tekan SIGN UP NOW untuk daftar Nombor Baru.
- Tekan SWITCH NOW untuk daftar MNP (Kekal Nombor Sedia Ada).
Kemudian, anda akan dibawa ke halaman untuk mendaftar pelan ONEXOX.
Pilih jenis Prepaid atau Postpaid yang anda ingin langgan.
Jenis Prepaid
- Normal Prepaid
- WAWA Prepaid
- TBG Prepaid
- MySISWA Prepaid
Jenis Postpaid (Black)
- Normal Postpaid
- FC Postpaid
1. Daftar Nombor Baru dan Pakej Langganan
Sekiranya anda ingin daftar ONEXOX dengan Nombor Baru, boleh pilih nombor dari senarai yang diberikan.Untuk pelan ONEXOX Prepaid, pendaftaran secara online MESTI beli bersama sekurang-kurangnya SATU (1) pakej Welcome Deals.
Butiran pembelian dan jumlah perlu dibayar akan ditunjukkan di ruangan "Order Summary".
Pastikan butiran "Dealer Information" adalah seperti berikut:
DYSD5010
ANARM NETWORK RESOURCES
DYSD5010
ANARM NETWORK RESOURCES
Pilih nombor baru dari senarai nombor yang diberi. Tekan butang Refresh untuk pilihan nombor lain.
2. Daftar MNP (Kekal Nombor Lama)
Untuk daftar dengan cara MNP (Kekal Nombor Lama), anda perlu pilih telco terkini yang anda guna dan isi butiran nombor telefon di ruangan yang disediakan.Pastikan nombor tersebut masih aktif, boleh buat panggilan keluar, tiada kontrak dengan telco asal, tiada tunggakan bil (jika postpaid), dan maklumat pendaftaran mestilah sama seperti maklumat yang didaftar di telco asal.
Baca: Syarat MNP
- Current Mobile Operator = Pilih telco yang anda gunakan sekarang.
Celcom / Digi / Maxis / Umobile / Tunetalk / Redone / Unifi (P1) atau lain-lain.
- Selected Number/s = Masukkan nombor telefon yang nak ditukar ke ONEXOX dan tekan butang Add Number
Jika anda menggunakan pelan postpaid yang mempunyai talian tambahan (Supplementary Line), kesemua talian tersebut termasuk nombor utama perlu dibuat MNP sekaligus.
Untuk MNP bersama nombor Supplementary Line yang anda miliki, masukkan nombor tersebut di ruangan "Selected Number/s" dan tekan butang Add Number
Sekiranya anda tidak mahu MNP nombor Supplementary Line, anda perlu pergi ke centre telco asal terlebih dahulu untuk pisahkan / asingkan akaun nombor-nombor tersebut.
Maklumat Pendaftaran Simkad ONEXOX
Langkah seterusnya, isi maklumat penghantaran dan pendaftaran simkad dalam borang online yang disediakan.Pastikan anda isi semua maklumat dengan lengkap dan betul supaya tak berlaku sebarang isu dengan proses penghantaran dan pendaftaran simkad anda.
Setelah selesai isi semua maklumat tersebut, tekan butang Checkout untuk ke langkah seterusnya.
Kaedah Bayaran Pembelian Simkad ONEXOX
Kaedah bayaran boleh menggunakan Kad Kredit / Debit, atau Online Banking melalui sistem FPX (Payment Gateway).Jika bayar menggunakan Kad Kredit / Debit, isi maklumat kad yang diperlukan untuk proses pembayaran.
Jika bayar melalui Online Banking, hanya perlu pilih bank yang ingin digunakan kemudian login saja akaun bank tersebut untuk buat pembayaran.
Butiran Pembelian Simkad ONEXOX
Setelah bayaran berjaya dibuat, anda akan terima email butiran pembelian. Simpan butiran tersebut untuk rujukan (sekiranya diperlukan).Bila simkad dah diproses untuk penghantaran, nombor tracking pos akan dihantar ke alamat email anda. Boleh semak status penghantaran menggunakan nombor tracking tersebut.
Aktifkan Simkad ONEXOX
Apabila simkad ONEXOX yang dihantar telah diterima, anda perlu aktifkan simkad tersebut terlebih dahulu sebelum boleh digunakan.Aktifkan Simkad Nombor Baru
Simkad Nombor Baru perlu diaktifkan melalui Aplikasi XOX Black.Install dan buka aplikasi Black, kemudian tekan "Activate SIM" dan ikut arahan yang diberikan dalam aplikasi tersebut.
Aktifkan Simkad MNP (Kekal Nombor Lama)
Untuk simkad jenis MNP (Kekal Nombor Lama) pula, anda perlu buat pengesahan pendaftaran MNP terlebih dahulu.- Pergi ke laman web – https://onexox.my/onlinestore/mnp/index
- Tekan "Port-in Sim Card Verification"
- Isi butiran Nombor Telefon dan Nombor Siri Simkad XOX yang diterima.
- Proses MNP akan bermula setelah pengesahan dibuat.
- Tunggu SMS pengesahan port-out yang akan dihantar oleh telco asal.
- Balas SMS tersebut dengan segera.
- Tunggu sehingga proses MNP siap (simkad telco asal akan hilang signal)
- Status MNP boleh semak di laman web:
https://onexox.my/onlinestore/mnp/index (Port-in Status)
Sekiranya permohonan MNP anda di-reject oleh telco asal, boleh buat "Port-in Resubmission" di laman web yang sama untuk ulang semula proses MNP.
Setelah proses MNP siap, boleh masukkan simkad ONEXOX ke dalam telefon bimbit anda dan nikmati perkhidmatan dan pelan yang disediakan oleh telco ONEXOX.