Makluman penting kepada semua pelanggan pelan ONEXOX Prepaid!

ONEXOX telah mengemaskini Terma & Syarat Tempoh Aktif untuk pelan ONEXOX Prepaid (termasuk WAWA Prepaid dan TBG Prepaid) seperti dimaklumkan kepada para pelanggan melalui SMS dan mula berkuatkuasa pada 28 Mei 2024.

Di bawah terma baharu ini, semua Pelanggan Baru dan Pelanggan Sedia Ada pelan ONEXOX Prepaid perlu melakukan transaksi tambah nilai (topup) terkumpul sebanyak RM30 setiap 4 bulan bagi mengekalkan status perkhidmatan aktif di telco ONEXOX.

Kemaskini Terma Syarat ONEXOX Prepaid

Kemaskini Terma Syarat ONEXOX Prepaid

Terma & Syarat yang Dikemaskini

  1. Terma & Syarat Pelan ONEXOX Prepaid
    Maklumat Lanjut : Perkara no. 74, 75 & 76

  2. Terma & Syarat Tempoh Sah (validity)
    Terma & Syarat Lain : Perkara no. 2

  3. Pakej Welcome Deals
    Tambahan Tempoh Sah 8 Bulan : Perkara no. 8

  4. Terma & Syarat WAWA Prepaid
    Maklumat Lanjut : Perkara no. 20 & 21

  5. Terma & Syarat TBG Prepaid (THE BOS GAURUS)
    Maklumat Lanjut : Perkara no. 73, 74 & 75

Butiran lengkap sila rujuk Terma & Syarat ONEXOX Prepaid yang telah dikemaskini melalui link di bawah:

https://www.onexox.my/tandc/details/xox-mobile-prepaid-plan-specific-terms-and-conditions

Pengguna Terlibat

  1. Pengguna yang melanggan Welcome Deals berserta tempoh sah 28 / 36 bulan,
  2. Pengguna yang berdaftar lebih 120 hari,
  3. Pengguna aktif yang mempunyai penggunaan Data / Call / SMS tanpa top up.

Pengguna Tidak Terlibat

  1. Pengguna yang melanggan tempoh sah tambahan 6 / 12 bulan,
  2. Pengguna yang berdaftar kurang 120 hari,
  3. Pengguna yang mempunyai tambah nilai (terkumpul RM30) sehari sebelum SMS blasting,
  4. BR (Business Registration) sedia ada,
  5. Pengguna yang mempunyai tambah nilai (terkumpul RM100) dalam tempoh setahun,
  6. Pengguna yang mempunyai tempoh sah lebih 28 / 36 bulan disebabkan telah berlaku tambah nilai yang menyumbang kepada pemanjangan tempoh sah.

Mekanisma

  1. Dalam tempoh 120 hari (4 bulan) wajib ada pembelian top up terkumpul RM30. Jika tidak, pada hari ke 121 pengguna akan terima satu SMS notifikasi peringatan.

  2. Dalam tempoh 120 hari (4 bulan) tersebut, pengguna boleh membuat pembelian tempoh sah 12 bulan menggunakan top up RM25. Hanya selepas 365 hari, pengguna akan terima satu SMS notifikasi peringatan.

  3. Pembelian tempoh sah boleh dibuat secara berterusan setiap tahun.

  4. SMS notifikasi ini akan dihantar secara bersasar kepada semua pengguna prepaid sedia ada dan bakal pengguna pada hari ke 121 dan hari ke 365.

  5. Talian sedia ada yang berdaftar menggunakan nama syarikat (BR = Business Registration) dikecualikan daripada FUP ini. FUP baru ini akan berkuatkuasa ke atas BR yang berdaftar bermula 1 April 2024.

Harap maklum.